Wednesday, May 6, 2009

DEFINISI DAN KLASIFIKASI MASALAH PENDENGARAN

Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk merujuk golongan yang mengalami masalah pendengaran. Istilah-istilah yang sering digunakan ialah pekak dan bisu, cacat pendengaran, kurang pendengaran, tuli, kurang upaya pendengaran, pekak badak dan tuna pendengaran. Penggunaan istilah yang berbeza-beza ini telah menimbulkan kekeliruan kepada pelbagai pihak khususnya masyarakat. Walau bagaimanapun, istilah-istilah tersebut merujuk kepada kumpulan kanak-kanak atau pelajar-pelajar yang sama iaitu mereka yang bermasalah pendengaran.


Masalah pendengaran sebagaimana yang didefinisikan oleh Akta Pendidikan Individu dengan Ketidakupayaan (Individuals with Disabilities Education Act, IDEA) bererti "masalah pendengaran yang sangat teruk sehingga kanak-kanak tidak berupaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran sama ada dengan amplifikasi atau tidak yang seterusnya mengganggu pencapaian pendidikannya". Seseorang yang mengalami masalah pendengaran secara amnya akan menggunakan alat bantu pendengaran dan mempunyai sisa pendengaran yang mencukupi untuk membolehkannya berjaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran. (Brill, MacNeil & Newman, 1986)


Hallahan & Kauffman (1990) mendefinisikan cacat pendengaran sebagai maksud generik yang menunjukkan kestabilan pendengaran yang diukur mengikut tahap pekak sederhana kepada tahap yang teruk, ia juga termasuk subset daripada kepekakan dan yang bermasalah pendengaran. Pihak hospital Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengklafisikasikan kehilangan pendengaran kepada lima kategori :


Klasifikasi Kehilangan Pendengaran ( Sumber : Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia )

dBHL Kategori

20 dBHL ke bawah Biasa ( normal )

21 - 45 dBHL Ringan ( mild )

46 - 70 dBHL Sederhana (moderate)

71 - 90 dBHL Teruk ( Severe )

91 dBHL ke atas Sangat Teruk ( Profound )




Anatomi Telinga

Anatomi telinga dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :-


  1. Cuping Telinga / Auricle





Bentuk cuping telinga adalah seperti kipas dan tidak rata. Ianya diselaputi oleh kulit dan rawan menyebabkan bahagian cuping ini boleh ditarik. Cuping telinga juga dimiliki kebanyakkan haiwan darat mamalia tetapi berbeza antara manusia seperti cap jari. Auricle memainkan peranan penting dalam pendengaran. Concha (bowl) merupakan lekuk yang paling dalam terletak di bahagian tengah terdiri daripada Cymba dan Cavum. Antihelix terletak diantara Concha dan Helix. Manakala Tragus menonjol di permukaan salur luar telinga. Helix mengelilingi bahagan luar pina, berlipat sedikit sebagai pelapik kepada sisi kepala. Bahagian dalam Helix menghbung ke Concha dan membahagi kepada 2 bahagian iaitu Cymba dan Cavum. Kawasan terluang bahagian bawah Concha ialah Antitragus dan mempunyai saiz yang berbeza-beza antara individu. Darwin's Turbercle ialah kawasan kecil yang rata pada bahagian telinga manakala Pina membantu mengesan arah bunyi dengan lebih tepat.


Gegendang

Merupakan pemisah telinga luar dan tengah. Ianya lebih anjal halus dan lembut. Terlalu sensitif terhadap sebarang getaran dan perubahan tekanan yang halus boleh memberi tindak balas kepada sistem pendengaran. Ianya amat nipis 0.07 mm dan berbentuk kon. Keluasan purata gegendang manusia ialah 63 mm persegi boleh mengesan tekanan bunyi lebih daripada 0.0002 million purata tekanan




2. Telinga Tengah





Mengandungi Osikel ( tulang yang paling kecil dalam badan manusia ) pendengaran iaitu 3 tulang kecil iaitu tukul, andas dan rakap. Dihubungkan secara mekanikal diantara gegendang dan telinga dalam. Ronga dikelilingi tulang kepala. Osikel-osikel dalam rongga tengah dihubungkan dengan ligamen agar tergantung kepada dinding rongga. Pemegang tukul terletak pada gegendang dan meliputi lebih daripada setengah gegendang. Salur Eustachia terletak di telinga tengah dan rongga mulut menghubungkan telinga tengah dan luar. Ruang tengah telinga adalah sepenuhnya tertututp menyebabkan berlakunya perbezaan tekanan udara di dalam dan luar telinga. Perbezaan tekanan yang sedikit boleh menyebabkan kita kurang selesa, perbezaan yang terlalu banyak akan menyebabkan kesakitan gegendang pecah / koyak. Fungsi telinga tengah meningkatkan jumlah tenaga akustik yang dibawa ke telinga dalam. Pergerakan / getaran gegendang dipindahkanoleh tukul / malleus, inkus / andas yang bersambung dengan stapes / rakap. Tapak rakap menutup jendela bujur. Jika gelombang bunyi smapai ke jendela bujur tanpa melalui ketiga-tiga osikel, tenaga yang dibalikkan hanya bersamaan dengan tenaga yang dibalikkan oleh permukaan yang keras.



3. Telinga Dalam






Bahagian telinga dalam kecil, rongga yang dikelilingi tulang kepala. Mempunyai koklea berbentuk seperti siput. Salur setengah bulat adalah oragan yang mengawal sistem keseimbangan anggota tubuh kita. Koklea terbahagi kepada 2 bahagian yang utama di sepanjang slauran :-

  • Bahagian yang menghubungkan jendela bujur iaitu Skala Vestibul
  • Bahagian yang menghubungkan jendela bulat iaitu Skala Timpani


Kedua-dua bahagian ini dipenuhi cecair yang dinamakan " Perilymph " (2 kali lebih pekat dari air ). Bahagian tengah ialah pembahagi koklea antara skala Vestibul dan Timpani. Dibahagian hujung koklea / epical end terdapat ruang yang terbuka dinamakan Helikotrema berfungsi untuk membolehkan cecair mengalir di antara 2 skala. Dibahagian bawah koklea iaitu skala Timpani berakhir pada jendela bulat terdapat ruang terbuka yang diselaputi membran menghubungkan semula ke telinga tengah. Slaur Vestibul sebenarnya tidak memainkan apa-apa peranan dalam mekanisme pendengaran, ia juga dipenuhi dengan cecair Perilymph dan dihubungkan terus ke koklea.

Monday, May 4, 2009

:: Mohon Maaf ::

Assalamualaikum....

Mohon maaf kepada sesiapa pelawat yang sehingga kini masih menanti maklumat-maklumat berkenaan dengan dunia pendidikan khas. Peperiksaan akhir yang dihadapi oleh saya sepanjang 3 minggu ini menyebabkan pengisian untuk blog ini tergendala. Saya terpaksa menghadap buku sepanjang 3 minggu untuk menempuh peperiksaan akhir bagi semester 6.

Alhamdulillah tepat jam 6 petang tadi kertas peperiksaan saya yang terakhir telah berjaya saya harungi. Masa ini akan saya gunakan untuk menambah seberapa banyak maklumat mengenai dunia pendidikan khas. Sebelum itu, saya akan meminta izin kepada mana-mana pihak sekiranya saya "copy" artikel dan maklumat yang berkaitan bagi tujuan perkongsian maklumat untuk ibu bapa, guru dan masyarakat di luar sana yang inginkan maklumat pendidikan khas.