Saturday, April 25, 2009

Lembaran Baru....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah terciptanya blog ini sebenarnya bertujuan untuk membantu ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan dengan pendidikan khas terutamanya bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran. InsyaALLAH dalam kesempatan ini saya akan menambah maklumat-maklumat yang berkaitan bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang semakin sedar akan kepentingan mengenai pendidikan khas. Selain itu, saya juga berharap agar guru-guru di luar sana khususnya yang mempunyai latar belakang mengenai pendidikan khas dapat berkongsi maklumat dan pengalaman.

Diharapkan blog ini dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada ibu bapa, guru-guru malah masyarakat di luar sana yang masih kurang ilmu pengetahuan mengenai dunia pendidikan khas. Cetusan untuk membina blog untuk pendidikan khas ini adalah atas kesedaran saya dalam membantu para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bermasalah pendengaran dalam mendapatkan pendidikan sesuai serta maklumat-maklumat berkaitan. InsyaALLAH akan saya muatkan juga beberapa kaedah-kaedah komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran dalam melatih kanak-kanak ini boleh berkomunikasi seperti kanak-kanak normal.