Tuesday, February 2, 2010

Gandaan Bunyi Alat Pendengaran (HEARING AID AMPLIFICATION)

GANDAAN (GAIN)

Jika mikrofon ala pendengaran menerima 60dB kekuatan bunyi, earphone (speaker) akan mengeluarkan 90dB kekuatan bunyi maka perbezaan input dan output kekuatan bunyi ialah 30dB. Perbezaan 30dB ini dinamakan Gandaan (gain).


TAHAP GANDAAN

60 dB User gain, 60 dB Full-on Gain dan 90 dB M.P.O.

Setiap alat pendengaran yang digunakan akan diberikan tiga tahap gandan.

- User Gain diberikan berdasarkan kepada setiap frenkuensi kehilangan pendengaran pemakainya.

- Full-on Gain ialah kekuatan yang diberi pada alat pendengaran apabila alat pendengaran pada volume penuh,

- 90 dB M.P.O tahap paling tinggi sesuatu alat pendengaran boleh mengelurkan bunyi.

BAGAIMANA ALAT PENDENGARAN BEROPERASI

Alat pendengaran ialah alat elektronik yang digunakan untuk membantu mendenar. ia tidak memulihkan pendenaran (doesn't restore normal hearing) tetapi menguatkan bunyi di persekitaran. Alat pendengaran mengandungi tiga bahagian iaitu Mikrofon, Amplifier dan Earphone (speaker).

Mikrofon - menangkap gelombang-gelombang bunyi dipersekitaran dan menukarkannya menjadi gelombang elektrik (electrical signal).

Amplifier - menguatkan gelombang elektrik yang diterima.

Earphone / Speaker - menukar semula gelombang elektrik ke gelombang bunyi.

Sunday, January 31, 2010

sambungan UJIAN PENDENGARAN

b) UJIAN PENDENGARAN KEPADA KANAK-KANAK 12-30 BULAN

* UJIAN SOUND FIELD
- memperkenalkan ujian pendengaran dari rangsangan bunyi tanpa melalui earplane (melalui
tuning fork / puppet show)
- ujian play audiometry : kanak-kanak akan duduk bersama ibu dan pengkaji menggunkan
puppet yang menarik perhatian kanak-kanak dan kemudian rangsangan bunyi diberikan jika
kanak-kanak mempunyai pendengaran dia akan menggerakkan kepala mencari arah bunyi.

* UJIAN BUNYI TULEN / TERUS (DIRECT SOUND TEST)
- kanak-kanak berumur lebih daripada 30 bulan boleh melalui ujian ini dengan rangsangan
bunyi
tulen (pure tone) melalui earphone.
- alat yang digunakan ialah audiometer, ujian terus udara atau ujian melalui tulang (air
conduction / bone conduction)
- hasil ujian boleh direkodkan dalam audiogram, dijalankan di dalam bilik tara bunyi (Acoustic
room)

JENIS-JENIS UJIAN PENDENGARAN

a) CRIB-O-GRAM

Ujian yang dijalankan bertujuan membuat saringan dan digunakan di hospital untuk menguji kehilangan pendengaran bayi yang baru lahir dan berada dalam rawatan rapi. Alat ini tidak memberi ukuran yang tepat kerana bayi yang baru lahir tidak bertindak balas pada bunyi perlahan seperti bisikan tetapi bayi berumur 5 tahun mungkin boleh bertindak balas seperti terperanjat, pergerakkan kepala dan berubah kelakuan apabla didedahkan dengan bunyi seperti lebih kuat seperti bunyi bising, muzik dan pertuturan. Ukuran Crib-o-gram memberi gambaran kasar kehilangan pendengaran.

Alat-alat ujian screening yang lain digunakan kepada bayi ialah :-

- BOA : BEHAVIORAL OBSERVATION AUDIOMETER
* ujian yang dijalankan melalui pemerhatian bayi terhadap bunyi

- VRA : VISUAL REINFORCEMENT AUDIOMETER
* ujian yang dijalankan melibatkan pengukuhan tindak balas menggunakan ransangan
penglihatan (visual)

- ABR : AUDIOMETERY BRAINSTEAM RESPONSE
* ujian yang menggunakan rangsangan elektrik mengenai saraf pendengaran

- IMPEDENCE AUDOMETRY
* ujian mengesan fungsi telinga tengah

p/s maklumat ini akan bersambung....

Saturday, January 30, 2010

APAKAH UJIAN PENDENGARAN ?



1. Ujian pendengaran boleh dijalankan dalam bilik biasa oleh General Practitioners @
Pediatricians tetapi anggaran dan hasil dapatan boleh dipertikaikan.


2. Untuk hasil ujian yang lebih baik diperolehi daripada 2 jenis kepakaran dalam bidang ini iaitu
Audiologist & Otologist (mereka yang menjalankan diagnosis dan treatment)


3. Audiologist - bukan pakar perubatan dengan ijazah sarjana atau doctorate yang dilatih untuk
menilai pendengaran dan mempunyai pengetahuan mengenai jenis kehilangan pendengaran.


4. Otologist - pakar bedah dengan pengkhususan mengenai pengesanan dan rawatan penyakit
telinga berkaitan dengan anggota tubuh.


5. Bidang Otologist kadang kala disebut ENT yang bermaksud Telinga, Hidung & Tekak.
otologist mungkin membuat pengesanan sendiri atau ujian yang diambil oleh Audiologist.


6. Biasanya mereka (Audiologist & Otologist) tidak biasa dengan aspek-aspek sosial dan
komunikasi kanak-kanak bermasalah pendengaran.


7. Speech Pathologist : ada yang mempunyai pengetahuan dalam Audiologi tetapi lebih mengetahui mengenai
organ-oragan pertuturan dan bagaimana pertuturan dihasilkan.

Thursday, January 28, 2010

ALAT BANTU DENGAR (ABD)

Secara amnya, alat bantu dengar mempunyai 3 komponen utama iaitu alat penerima (microphone), penguat suara (amplifier) dan corong suara (speaker). Mikrofon berfungsi untuk menerima bunyi-bunyi di sekitar pemakainya. Amplifier pula berfungsi menambahkan kekuatan tenaga bunyi yang diterima daripada mikrofon. Speaker atau corong suara akan mengeluarkan bunyi untuk disalurkan ke dalam telinga pemakainya. Manakala bateri berfungsi membekalkan tenaga supaya alat bantuan pendengaran dapat berfungsi.

Terdapat berbagai jenis alat bantuan
yang ada di pasaran sekarang. Menurut Vonlanthern (1995) terdapat empat jenis alat bantu dengar iaitu di belakang telinga (behind-the ear), di dalam telinga (in-the-ear), dipakai pada badan (body aids), dan alat bantuan pendengaran cermin mata (spectacle hearing aids). Terdapat juga alat elektronik yang lain untuk membantu pendengaran yang lain iaitu, 'bone conduction hearing aid' dan yang terkini ialah implan koklea.

Antara alat-alat pendengaran :-

In-The-Ear (ITE)


microBTE - (Belakang telinga)


Behind-The Ear (BTE)









Sumber daripada :
-Kertas Seminar Penggunaan Alat Bantuan Pendengaran Di kalangan Murid-murid Bermasalah Pendengaran~ safaniUKMkk.pdf
-http://www.alatbantudengar.com

Wednesday, May 6, 2009

DEFINISI DAN KLASIFIKASI MASALAH PENDENGARAN

Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk merujuk golongan yang mengalami masalah pendengaran. Istilah-istilah yang sering digunakan ialah pekak dan bisu, cacat pendengaran, kurang pendengaran, tuli, kurang upaya pendengaran, pekak badak dan tuna pendengaran. Penggunaan istilah yang berbeza-beza ini telah menimbulkan kekeliruan kepada pelbagai pihak khususnya masyarakat. Walau bagaimanapun, istilah-istilah tersebut merujuk kepada kumpulan kanak-kanak atau pelajar-pelajar yang sama iaitu mereka yang bermasalah pendengaran.


Masalah pendengaran sebagaimana yang didefinisikan oleh Akta Pendidikan Individu dengan Ketidakupayaan (Individuals with Disabilities Education Act, IDEA) bererti "masalah pendengaran yang sangat teruk sehingga kanak-kanak tidak berupaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran sama ada dengan amplifikasi atau tidak yang seterusnya mengganggu pencapaian pendidikannya". Seseorang yang mengalami masalah pendengaran secara amnya akan menggunakan alat bantu pendengaran dan mempunyai sisa pendengaran yang mencukupi untuk membolehkannya berjaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran. (Brill, MacNeil & Newman, 1986)


Hallahan & Kauffman (1990) mendefinisikan cacat pendengaran sebagai maksud generik yang menunjukkan kestabilan pendengaran yang diukur mengikut tahap pekak sederhana kepada tahap yang teruk, ia juga termasuk subset daripada kepekakan dan yang bermasalah pendengaran. Pihak hospital Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengklafisikasikan kehilangan pendengaran kepada lima kategori :


Klasifikasi Kehilangan Pendengaran ( Sumber : Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia )

dBHL Kategori

20 dBHL ke bawah Biasa ( normal )

21 - 45 dBHL Ringan ( mild )

46 - 70 dBHL Sederhana (moderate)

71 - 90 dBHL Teruk ( Severe )

91 dBHL ke atas Sangat Teruk ( Profound )